Wednesday, June 29, 2011
Israk Mikraj.
27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Israk Mikraj . Kita juga disunatkan berpuasa sunat pada hari tersebut kerana banyak fadhilatnya lebih-lebih lagi pada bulan Rejab yang mulia ini . Secara ringkasnya Israk ialah perjalanan Rasulullah dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa manakala Mikraj ialah peristiwa Rasulullah naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah . Peristiwa ini juga menjadi sangat bermakna kepada seluruh umat Islam kerana melalui peristiwa ini lah Allah S.W.T. telah mengurangkan bilangan waktu solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu . Untuk mendapat lebih info , klik Peristiwa Israk Mikraj .
type by:
KRK SMK Bandar T6
Tuesday, April 5, 2011
Program Motivasi Kecemerlangan PMR 2011
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN
PMR 2011
Dengan Kerjasama TH Plantations Berhad
Dan
Rie'zal Consultant Johor
TARIKH : 1-2 April 2011
TEMPAT: SMK Bandar T6
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program motivasi ini. Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan kami semua memperolehi pelbagai ilmu serta manfaat daripada program tersebut. Penceramah dan fasilitator sangat sporting dan memahami. Melalui program ini,kami juga dapat mempelajari 5 pra syarat untuk berjaya iaitu Fokus,Kepekaan,Keyakinan,Hubungan dan Disiplin.
Very Special Thanks To : Team Generasi Harapan for this picture.
Kawan-kawan boleh lihat lebih banyak lagi gambar di Facebook Team Generasi Harapan. Akhir kata, terima kasih semua ! Program ni sangat best . Harap pihak Rie'zal Consultant dapat datang lagi .Semoga dengan adanya program ini,kita semua akan memantapkan lagi diri kita dari aspek mental,emosi dan rohani . Semoga semua pelajar Tingkatan 3 SMK Bandar T6 memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR. Who's the best ? I'm the best,you the best,we are the best !
type by:
KRK SMK Bandar T6
Tuesday, March 29, 2011
Lepaskan Saja Gelas Itu !
Untuk Renungan Bersama :
Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.
Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab
Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,
Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.
Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
selawat~
type by:
KRK SMK Bandar T6
Friday, March 4, 2011
Funny Jokes
TEACHER : Why are you late, Frank?
FRANK : Because of the sign.
TEACHER : What sign?
FRANK : The one that says, "School Ahead, Go Slow."
______________________________________________________
TEACHER: John, why are you doing your math multiplication on the floor?
JOHN : You told me to do it without using tables!
_______________________________________________________
TEACHER : Donald, what is the chemical formula for water?
DONALD : H I J K L M N O!!
TEACHER : What are you talking about?
DONALD : Yesterday you said it's H to O!
______________________________________________________
TEACHER : Millie, give me a sentence starting with "I."
MILLIE : I is...
TEACHER : No, Millie..... Always say, "I am."
MILLIE : All right... "I am the ninth letter of the alphabet."
_______________________________________________________
TEACHER: Harold, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
HAROLD : A teacher.
type by:
KRK SMK Bandar T6
Thursday, January 13, 2011
Tahniah kepada yang berjaya memperolehi perfect score.
Alhamdulillah,SMK BANDAR T6 memperolehi 8A seramai 20 orang.19 orang daripadanya adalah 8A.Tahniah kepada yang berjaya,yang tidak berjaya jangan risau,SPM ada lagi.Bagi yang nak tengok senarai nama pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Perfect score,7A 1B,6A 2B dan 5A 3B boleh klik SINI .Tahun 2010 telah menunjukkan peningkatan seramai 9 orang setelah 2009 seramai 11 orang memperolehi perfect score.Semoga tahun 2011 juga ada peningkatan yang lebih maju.Gambar-gambar KRK pada tahun 2010 akan di upload di page Galeri Foto KRK kemudian kerana ada sedikit masalah teknikal.
Sebarang pertanyaan boleh bertanya di formpsring kami.
type by:
KRK SMK Bandar T6
Subscribe to:
Posts (Atom)
